SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, April 18, 2012

CERAMAH AADK



Satu ceramah dari AADK Cawangan Kuala Rompin telah berjaya diadakan untuk para murid di SK Sungai Puteri. Program ini dianjurkan oleh Unit Ko-kurikulum. Ianya telah diadakan di Dewan Tun Fatimah dan dihadiri oleh murid-murid di bawah setiap unit Kelab dan Persatuan. Pn. Norehan telah bertanggungjawab memberikan ceramah berkaitan bahayanya rokok dan dadah kepada manusia. Para murid begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan kerana ceramah yang disampaikan berselang-seli dengan kuiz yang menyediakan pelbagai cenderamata dari AADK. Sebagai tanda penghargaan kepada Puan Norehan, pihak SK Sungai Puteri telah menyediakan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Diharapkan ceramah ini dapat memberikan kesan kepada para murid agar menjauhi rokok dan dadah.

No comments:

Post a Comment