SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, May 24, 2012

JAMUAN KRT RRM SUNGAI PUTERI


Pihak pengurusan SK Sungai Puteri berbesar hati di atas jemputan bersempena Hari Guru yang telah dianjurkan oleh KRT RRM Sungai Puteri. Jamuan ini telah diadakan pada 24 Mei 2012 jam 5 petang. Seramai 25 orang guru dari SK Sungai Puteri telah menghadiri jamuan ini yang julung-julung kali diadakan oleh KRT RRM Sungai Puteri. Menurut pengerusi KRT RRM Sungai Puteri, Tuan Haji Syed Hassan,majlis ini diadakan bertujuan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak Rancangan Rumah Murah (RRM) Sungai Puteri. 

Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri dalam ucapan ringkasnya menyatakan sepanjang beliau menjadi guru selama 32 tahun, inilah kali pertama sebuah komuniti yang mengadakan majlis seumpama ini bagi meraikan para guru. Beliau amat terharu dengan usaha KRT RRM Sungai Puteri ini.

Majlis ini berakhir sekitar jam 6.15 petang.


No comments:

Post a Comment