SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, May 17, 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN


Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2012, Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri telah mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar dan bola jaring dengan Kelab Guru SK Pontian. Perlawanan yang lebih bersifat mengeratkan hubungan di kalangan para guru dan staf kedua-dua sekolah berlangsung dengan penuh gelak ketawa dan gurau senda. Ini kerana masing-masing berusaha membuat "karat" memandangkan terlalu lama tidak melakukan aktiviti sebegini.

Dalam perlawanan ini Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri berjaya memenangi kedua-dua kategori. Perlawanan ini berakhir pada pukul 7:00 petang. Sebelum melangkah pulang, keikhlasan Kelab Guru dan Staf SK Pontian mengadakan jamuan ringan amat dihargai. GPK HEM SK Sungai Puteri iaitu Encik Rusdi telah sudi menyampaikan cenderamata buat GPK Kokurikulum SK Pontian iaitu Encik Anuar Amin. Semoga perlawanan sebegini dapat diadakan pada masa akan datang.

GPK HEM SK SUNGAI PUTERI MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA GPK KOKURIKULUM SK PONTIAN SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN

No comments:

Post a Comment