SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Saturday, June 23, 2012

PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI DIRI


Rompin Beach Resort sekali lagi menjadi pilihan pihak pengurusan SK Sungai Puteri untuk mengadakan Program Motivasi Transformasi Diri untuk tahun ini. Seperti mana tahun-tahun lepas pelbagai aktiviti dirancangkan agar murid Tahun 6 SK Sungai Puteri mendapat kecemerlangan dalam UPSR yang bakal menjelang tiga bulan lagi.
Menurut Encik Mohd Rosli bin Abdullah, program ini dianjurkan memandangkan ianya memberi kesan terhadap keputusan UPSR serta tingkah laku murid yang lebih bersemangat dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang tinggal tiga bulan lagi sebelum menghadapi UPSR.
Pelbagai aktiviti disediakan buat calon UPSR ini, namun semua aktiviti yang disediakan adalah secara santai untuk tidak memberi tekanan buat calon UPSR ini. Salah seorang peserta, Nur Umaira bin Amran, menyatakan beliau berasa amat seronok mengikuti program ini kerana segala aktiviti yang diikuti lebih santai tetapi pengisiannya masih menjurus ke arah persiapan menghadapi UPSR nanti.
Semoga segala yang dirancang dalam menyiapkan calon UPSR bagi SK Sungai Puteri ini membuahkan hasil yang TERBAIKKKK.

Gambar KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment