SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, July 20, 2012

KEM LITERASI SOLAT (MUDAHNYA SOLAT)

Pada 19 Julai 2012, Panitia Agama Islam SK Sungai Puteri telah mengadakan Kem Literasi Solat (Mudahnya Solat) untuk murid-murid Tahun 3,4 dan 5. Seramai hampir 40 orang murid terlibat menjayakan kem ini. Murid-murid ini dibahagikan kepada 10 orang ustaz dan ustazah untuk membimbing dan menilai keupayaan murid untuk mendirikan solat. Menurut penyelaras kem ini, Ustazah Norhayati Isa, kem ini bertujuan untuk murid cintakan solat dan boleh mendirikan solat dengan baik dan sempurna. Kem yang bermula jam 2:30 petang berakhir tepat jam 5:00 petang.


No comments:

Post a Comment