SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, August 2, 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Sempena Sambutan Kemerdekaan, pihak pengurusan SK Sungai Puteri telah melaksanakan kempen mengibarkan jalur gemilang di kawasan sekolah, kelas-kelas dan bilik-bilik khas. Ini bertujuan menanam semangat cintakan negara di kalangan murid-murid SK Sungai Puteri. Kempen ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana hampir semua kelas berlumba-lumba menunjukkan kreativiti masing-masing mengibarkan Jalur Gemilang walaupun terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli Jalur Gemilang. Diharapkan semangat cintakan negara Malaysia ini tersemat di jiwa seluruh warga SK Sungai Puteri.



No comments:

Post a Comment