SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, September 9, 2012


Anak-anak didik SK Sungai Puteri ingatlah pesanan ini :-

  1. Jangan alpa baca Bismillah
  2. Cium tangan ibubapamu mohon keampunan dan restu
  3. Persiapan segala peralatan
  4. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh gapah membuta tuli
  5. Jangan sesekali memandang enteng UPSR kerana inilah yang pertama dan terakhir. Tiada lagi ulangan sama ada menang atau kecundang.

Anak-anak didik SK Sungai Puteri yang bersemangat waja

Katakan kepada dirimu sendiri,
Jika ada 1000 orang memporelehi 5A UPSR 2012,
Akulah salah seorang daripadanya....

Jika ada 100 orang memperolehi 5A UPSR 2012,
katakan kepada dirimu sendiri,
Akulah salah seorang daripadanya....

Jika ada 10 orang memperolehi 5A UPSR 2012,
katakan kepada dirimu sendiri,
Akulah salah seorang daripadanya...

Jika ada 1 orang sahaja memperolehi 5A UPSR 2012,
katakan kepada dirimu sendiri,
AKULAH orang itu....

No comments:

Post a Comment