SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, September 21, 2012

KEM BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


Program Kem Bersepadu Unit Beruniform telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekitar jam 7.30 pagi para peserta telah mendaftarkan diri di meja urusetia. Seramai 96 orang peserta dari 5 kontinjen telah mengikuti kem ini. Kontinjen yang terlibat ialah Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Tepat jam 8.00 pagi, En. Mohd Rosli bin Abdullah selaku kem komander kali telah menyampaikan taklimat serta penerangan berkaitan aktiviti yang akan diikuti oleh para peserta. 

Sebanyak enam aktiviti telah dirancang, di mana lima daripadanya dilaksanakan mengikut stesen. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mengikut stesen adalah kawad kaki, ikatan, balutan, membuat gejet serta memasang dan membuka khemah. Aktiviti ikhtiar hidup pula dilaksanakan dengan semua kontinjen melakukan serentak. Pada aktiviti ikhtiar hidup, para peserta diminta untuk memasak telur tanpa air dan membuat roti lilit.

Kem Bersepadu Unit Beruniform ini melabuhkan tirainya selepas sesi penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang. Tuan Haji Ismail bin Mohd Said berkenan menyempurnakan sesi penyampaian hadiah dan sijil ini. Tunas Puteri telah diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan pada tahun ini.

PUTERI ISLAM MUNCUL JOHAN

SEBAHAGIAN GURU YANG TERLIBAT
UNTUK MELIHAT GAMBAR : KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment