SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, October 31, 2012

ENGLISH IN CAMP 2012




Pada 30 Oktober 2012, 4 orang murid Tahun 5 SK Sungai Puteri telah mengikuti English In Camp 2012 peringkat daerah Kuala Rompin. Program ini telah diadakan di Chedoq Resort bermula jam  7:40 pagi hingga 5:30 petang. 
Antara sekolah yang telah mengikuti program ini adalah :-
  1. SK Leban Chondong
  2. SK Sungai Puteri
  3. SJK C Rompin
  4. SK Rompin
  5. SK Kampong Kolam
  6. SK Selendang 1
  7. SK Selendang 4 
  8. SK Sungai Mok
  9. SK Pontian
  10. SK Janglau
  11. SK Tanjong Gemok
  12. SK Sarang Tiong
  13. SK Pianggu
  14. SK Denai
Setiap sekolah perlu menghantar 4 orang peserta dengan diiringi oleh 2 orang guru Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti :-
  • Ice-Breaking
  • Scavenger Hunt
  • Be A Model
  • Let's Sing
  • Jumble Thinker
  • Sandcastle Building
Sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran semua peserta telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang mana setiap kumpulan akan mempunyai peserta daripada semua sekolah yang hadir. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, namun ianya tidak mematahkan semangat para fasilitator dan peserta untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancangkan.

Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Pengerusi Majlis Guru Besar telah sudi menghadirkan diri untuk merasmikan majlis penutupan English In Camp ini. Beliau amat berpuas hati dengan perjalanan program dan berharap para peserta dapat menggunakan apa yang diperolehi sepanjang program ini bagi memantapkan lagi kemahiran berbahasa Inggeris. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan progam ini. Menurut beliau lagi, hanya komuniti guru-guru Bahasa Inggeris sahaja yang berjaya melaksanakan program ini memandangkan tiada komuniti guru-guru lain di daerah Kuala Rompin ini melaksanakan program seumpama ini pada tahun 2012. 

Bagi menghargai komitmen para guru yang terlibat, pihak penganjur sudi memberikan sedikit cendarahati. Para peserta turut diberikan hadiah dalam setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini memandangkan ia bersifat pertandingan antara kumpulan.

Lihat Gambar - KLIK DISINI [PhotoBucket]
                         - KLIK DISINI [facebook]

No comments:

Post a Comment