SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, October 3, 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6


Walaupun UPSR sudah hampir sebulan berlalu, namun proses pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 6 masih dilaksanakan. Pada 3 Oktober 2012, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat kepada murid Tahun 6 yang masih lagi tidak menguasai asas untuk mendirikan solat dengan sempurna baik dari segi mengambil air wuduk serta bacaan dan perlakuan dalam solat. Seramai 6 orang guru Pendidikan Islam telah terlibat dalam program ini. 

Menurut Ustazah Shuhaini binti Mohd Amin, seramai 22 orang murid Tahun 6 masih lagi tidak menguasai asas solat, walaubagaimana pun, pada program kali ini hanya 14 orang murid sahaja yang mengikutinya disebabkan 8 orang yang lain gagal hadir ke sekolah. Walaupun telah dimaklumkan akan program ini, namun ianya sudah menjadi rutin kepada setiap murid di Malaysia yang menanam konsep tiada proses pengajaran dan pembelajaran selepas peperiksaan utama. Namun begitu, ketidakhadiran murid-murid ini tidak mematahkan semangat untuk meneruskan program yang telah dirancang.

No comments:

Post a Comment