SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, November 2, 2012

"HOME LEARNING" TAHUN 5


Unit Kurikulum SK Sungai Puteri telah mengadakan Pelancaran Program Home Learning untuk murid-murid Tahun 5 2012. Program ini bertujuan memenuhi masa cuti bakal calon UPSR 2013 ini dengan aktiviti yang berfaedah iaitu menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh panitia utama iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik dan Panitia Sains. 
Program yang bermula jam 10.15 pagi dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Daud. Selesai sahaja bacaan doa, Tuan Haji Ismail bin Mohd Said melancarkan program ini. Dalam ucapan pelancarannya, beliau turut menyampaikan amanat kepada murid-murid tahun 5 ini. Beliau turut menerangkan kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 5 ini akan program yang telah dirancangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2013 bagi menghadapi UPSR. Beliau amat berharap agar ibubapa dan penjaga dapat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi memastikan segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan keputusan UPSR pada tahun 2013 akan terus cemerlang.
Sebaik sahaja selesai amanat daripada Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, semua murid Tahun 5 telah melafazkan ikrar sebagai tanda perjanjian mereka untuk melakukan yang terbaik agar menjadi calon UPSR 2013 yang cemerlang.
Pada majlis yang sama, ibubapa dan penjaga murid Tahun 5 berpeluang melihat prestasi anak masing-masing pada Peperiksaan Akhir Tahun 2012 yang telah dilaksanakan baru-baru ini. Kelihatan terdapat ibubapa dan penjaga bertukar-tukar pendapat dan pandangan semasa sesi ini.
Sesungguhnya program seumpama ini wajar diteruskan agar kesinambungan kejayaan yang telah dikecapi akan berterusan. Program berakhir sekitar jam 12:10 tengah hari.

No comments:

Post a Comment