SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, December 25, 2012

KURSUS PRAPERKHIDMATAN

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:
i Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF
SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  • Umur tidak melebihi 35 tahun
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
  • Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Calon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quan atau dalam bidang yang berkaitan.
IKATAN PERJANJIAN
  • KPLI SR - 2 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
  • KPLI j-QAF -
3 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
i Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl
SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  • Umur tidak melebihi 20 tahun
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta;
    • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon
IKATAN PERJANJIAN
5 tahun berkhidmat dengan kerajaan

GURU SANDARAN

Syarat-syarat Perlantikan Serta Kemudahan-Kemudahan Untuk Guru Sandaran

1. Tujuan
Tujuan Surat Perkeliling ini adalah untuk mengemaskinikan syarat-syarat perlantikan Guru-Guru sandaran dan juga syarat-syarat perkhidmatan mereka.
2. Takrif
2.1 Guru Sandaran
2.1.1 Guru Sandaran adalah seseorang yang diambil bertugas sebagai guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesuatu tempoh bagi mengisi kekosongan hakiki dan ianya belum lagi dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Upahan yang diterima oleh seseorang Guru Sandaran adalah dalam bentuk elaun bulanan sahaja.
2.2 Guru Sandaran Terlatih
2.2.1 Seseorang Guru Sandaran Terlatih (GST) selain daripada memiliki kejayaan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan, mestilah juga mempunyai kelayakan ikhtisas yang telah diiktiraf serta kelayakan Bahasa Malaysia. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh KPM khususnya Bahagian Sumber Manusia.
2.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih
2.3.1 Seseorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) hanya memiliki kelayakan akademik dan kelayakan Bahasa Malaysia sahaja. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan/Bahagian berkaitan seperti Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Jabatan Pendidikan Khas, KPM dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
3. Taraf GST dan GSTT
3.1 GST dan GSTT adalah bertaraf bukan kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian mereka tidak layak mendapat apa jua faedah atau kemudahan seperti yang diterima oleh guru-guru tetap kecuali kemudahan-kemudahan seperti tersebut di perenggan 4 di bawah.
3.2 Walaupun GST dan GSTT adalah tidak bertaraf kakitangan Kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPM/KPTM sebagai majikan mereka.
4. Elaun dan Kemudahan
4.1 Elaun dan Kemudahan yang layak diterima oleh GST dan GSTT
4.1.1 Elaun bulanan berdasarkan tangga elaun yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Gaji dan telah dilaksanakan melalui perkeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 dan pindaan-pindaan jika ada dari masa ke semasa.
4.1.2 Imbuhan Tetap Khidmat Awam atas kadar yang dinikmati oleh PPP yang setaraf di dalam Skim Perkhidmatan yang sama.
4.1.3 Elaun-elaun untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi di sesebuah negeri/daerah atau kadar yang sama dengan yang diterima oleh guru-guru tetap yang setaraf dengannya seperti berikut:-
  1. Elaun Penempatan Khas jika dihantar bertugas dari semenanjung ke Sab
  2. Elaun di Sabah dan Sarawak bagi mereka yang berasal dari negeri ters
  3. Elaun Hidup Sementara bagi mereka yan bertugas di Bintulu, Sarawak.
  4. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)
4.1.4 Elaun-elaun dan lain-lain bayaran mengikut syarat peraturan di bawah perkeliling Perkhidmatan Bil.8/1980 dan pindaan berkaitan apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat.
4.1.5 Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C.
4.1.6 Kemudahan Perubatan dan Pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-Klinik Kerajaan atas syarat-syarat dan peraturan yang sama seperti guru-guru tetap yang setaraf.
4.1.7 Elaun Subsidi Sewa Rumah (Rental Celling) bagi GST daripada Semenanjung yang dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak.
4.2 Kemudahan-kemudahan yang tidak layak diperolehi oleh GST dan GSTT
4.2.1 Rawatan Perubatan di Luar Negeri
4.2.2 Cuti Bersalin
4.2.3 Pinjaman Perumahan/Kenderaan
4.2.4 lain Kemudahan/elaun yang tidak dipanjangkan lepada guru-guru sandaran oleh mana-mana perkeliling.
5. Peraturan dan Syarat-syarat Perlantikan Guru Sandaran
5.1 Kuasa Melantik
5.1.1 bagi GST yang mempunyai kelayakan ikhtisas/perguruan dan guru-guru repasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sedang menunggu keputusan peperiksaan,kuasa melantik ahíla KPM.
5.1.2 Bagi GSTT yang diambil dengan tujuan untuk mengisi kekosongan buat sementara waktu, ataupun pengambilan guru-guru Bahasa Ibunda di Sekolah-sekolah Rendah Jenis KEbangsaan Cina dan Tamil,perlantikan mereka diuruskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri atau Ketua Jabatan berkaitan di KPM atau Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM
5.2 Syarat Perlantikan GSTT
5.2.1 Warganegara Malaysia
5.2.2 Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan 30 tahun bagi bukan siswazah
5.2.3 Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
5.2.4 Mempunyai kepujian Bahasa Malaysia di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam tiga mata pelajaran lain.
5.2.5 Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM, matapelajaran Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi.
5.3 Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri/Ketua Jabatan/Bahagian/Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti,KPTM hendaklah mendapatkan kebenaran KPM terlebih dahulu bagi kes-kes berikut:-
5.3.1 Bagi calon-calon yang mempunyai ijazah-ijazah dalam dan luar negeri yang Belem diketahui nilai tarafnya:
5.3.2 Calon – calon yang telah melebihi syarat umur seperti di 5.2.2 ;
5.3.3 Calon-calon yang tidak mempunyai syarat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
5.3.4 Calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Arab diperingkat SPM bagi lantikan sebagai Guru Agama;
5.4 Pelantikan ke dalam Kategori GSTT yang lebih tinggi Seseorang GSTT boleh dilantik kepada kategori yang lebih tinggi mengikut budibicara Pengarah Pelajaran Negeri / Ketua Jabatan / Bahagian, KPM / Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM masing-masing tertakluk kepada syarat berikut :-
5.4.1 Mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan keperluan;
5.4.2 Ada kekosongan jawatan hakiki dalam negeri berkenaan;
5.4.3 Perkhidmatannya adalah diperlukan.
Calon hendaklah ditawarkan jawatan yang lebih tinggi itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling ini. Tarikh pelantikan ke kategori yang baru itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh beliau melaporkan diri untuk menjalankan tugas dalam kategori yang baru itu.
5.5 Pelantikan ke dalam Kategori GSTT lebih rendah
5.5.1 Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang lebih rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan Jabatan berkenaan.
5.6 Penamatan Perkhidmatan GST Yang Gagal Dalam Peperiksaan Akhir Institusi Pendidikan Guru
5.6.1 Seseorang Guru Sandaran lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditempatkan sebagai GST yang disahkan telah gagal dalam peperiksaan akhir IPG akan ditamatkan perkhidmatannya oleh KPM. Selanjutnya terpulang kepada budibicara Pengarah Pelajaran Negeri / Ketua Jabatan/Bahagian, KPM/Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM untuk melantiknya sebagai GSTT jika perkhidmatannya masih diperlukan.
5.7 Penamatan Perkhidmatan GST yang gagal dalam Urusan Temuduga Lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
5.7.1 Seseorang GST yang gagal dalam temuduga untuk lantiksn tetap yang diadakan oleh SPP akan ditamatkan perkhidmatannya. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaporkan perkara ini kepada Bahagian Sumber Manusia, KPM.
6. Tempoh Perkhidmatan Guru-Guru Sandaran
6.1 Perkhidmatan GST adalah berdasarkan sebulan ke sebulan dan tamat dengan sendirinya apabila mereka dilantik ke jawatan tetap atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran mengikuit yang mana lebih awal.
6.2 Perkhidmatan GSTT adalah juga berdasarkan sebulan ke sebulan dan akan tamat pada bila-bila masa apabila perkhidmatan mereka tidak dikehendaki lagi oleh Jabatan Pelajaran Negeri/Jabatan/Bahagian berkenan mengikut yang mana lebih berkaitan dengan kepentingan perkhidmatan.
6.3 Perkhidmatan GSTT yang mengisi kekosongan secara hakiki meneruskan perkhidmatannya sehingga ke akhir sesi persekolahan pada setiap tahun. Perkhidmatan mereka akan dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun berkenaan.
7. Tarikh Plantikan GST dan GSTT
Tarikh pelantikan atau tarikh seseorang GST dan GSTT memegang jawatan ialah pada tarikh ianya melapor diri. Walau bagaimanapun Pengarah Pelajaran Negeri/Ketua Jabatan/Bahagian berkaitan, KPM dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM boleh menentukan tarikh melapor diri seseorang GST dan GSTT mengikut budibicara dan kepentingan perkhidmatan Negeri/Jabatan/Bahagian berkenaan.
8. Kadar elaun GST dan GSTT Siswazah/Lepasan Diploma dan Bukan Siswazah
Jadual Gaji Baru (Tarikh Kuatkuasa: 1.11.2002) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 Sistem Saraan Malaysia
Bil Kelayakan Gred Gaji Tangga Elaun
1 Ijazah Kepujian DC41 T5 RM 1653.73 – T10 RM 2046.98
2 Ijazah Am DC 41 T3 RM 1496.43 – T10 RM 2046.98
3 Kursus Perguruan Lepasan Diploma (Diploma Biasa / Diploma KUiTTHO ) DB29 T1 RM 1172.97 – T6 RM 1433.12
4 Kursus Perguruan Lepasan Diploma (Diploma Profesional) DBA29 T1 RM 1225.00 –T5 RM 1485.15
5 Diploma Perguruan Malaysia (Kursus Diploma Perguruan Malaysia / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) DB27 T1 RM963.64 – T5 RM 1283.08
6 Sijil Pelajaran Malaysia DB17 T1 RM656.30 – T5 RM 895.88
9. Kenaikan/Tarikh Kenaikan Elaun:
9.1 GST dan GSTT boleh menerima kenaikan elaun atas tangga elaun yang telah ditetapkan dalam Pekeliling ini mengikut kategori masing-masing pada ulangtahun genap perkhidmatan mereka dan berdasarkan kepada tarikh pergerakan elaun yang ditentukan dibawah Pekeliling Bil .4 Tahun 2002 Sistem Saraan Malaysia.
9.2 Tarikh Kenaikan elaun seseorang GST dan GSTT ialah ulangtahun genap perkhidmatannya dalam satu-satu jawatan dikira seperti berikut:-
  1. Bagi seseorang Guru Sandaran yang perkhidmatannya ditamatkan pada sesuatu tarikh sebelum 31 Disember, kemudian diambil berkhidmat semula pada tahun berikutnya, maka tempoh perkhidmatannya yang lepas hendaklah diambilkira bagi menentukan tarikh kenaikan elaun tahunannya setelah perkhidmatannya mencukupi satu tahun dengan mengikut tarikh kenaikan gaji yang terhampir berdasarkan Pekeliling.
10. Pertukaran Guru Sandaran
10.1 GST boleh dikehendaki bertukar dari satu negeri ke satu negeri yang lain, tertakluk kepada kelulusan dari Bahagian Sekolah-sekolah/ Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral/ Jabatan Pendidikan Khas/ Jabatan Pendidikan Teknikal KPM atau Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM dan perkhidmatan mereka adalah dianggap bersambung.
10.2 GSTT tidak boleh ditukar keluar dari negeri asal mereka dilantik oleh kerana tujuan asal mereka dilantik adalah untuk memenuhi keperluan di negeri itu sahaja. Sekiranya mereka meletakkan jawatan dan kembali dilantik semula oleh mana-mana JPN/Ketua Jabatan berkaitan, maka ini hendaklah dianggap sebagai satu pelantikan yang baru dan perkhidmatanya yang lepas tidak boleh diambilkira untuk sebarang tujuan.
11. Kursus Dalam Cuti
GSTT yang telah dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru/ Jabatan berkaitan untuk mengikuti Latihan Ikhtisas Perguruan Kursus Dalam Cuti Adalah tidak dikehendaki meletak jawatan mereka kecuali apabila mengikuti kursus di semesta terakhir (kursus sepenuh masa). Ini bererti perkidmatan mereka di negeri berkenaan adalah berterusan dan elaun/biasiswa semasa mengikuti kursus sepenuh masa akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru atau KPTM di mana berkaitan.
12. Disiplin
12.1 Semua GST dan GSTT adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan disiplin yang sama yang telah ditetapkan untuk PPP. Sebarang pelanggaran terhadap peraturan-peraturan itu hendaklah dilaporkan kepada Unit Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia, KPM melalui Ketua Jabatan masing-masing.
13. Surat Tawaran
13.1 Surat tawaran GSTT digunakan di dalam urusan pelantikan GSTT berkenaan.
14. Pembatalan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.1 Tahun 1987.
14.1 Dengan tersiarnya Surat Pekeliling ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan, KPM Bil. 1 Tahun 1987 adalah dibatalkan.
15. Tarikh Kuatkuasa Surat Pekeliling
15.1 Tarikh kuatkuasa Surat Pekeliling ini adalah pada tarikh ianya dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment