SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, February 22, 2013

2791 GRADUAN TIDAK PERLU DITEMUDUGA, DILANTIK TERUS KE DG41

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
STATUS URUSAN PELANTIKAN
GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012
SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41
DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------------
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang mempertimbangkan sejumlah 7,824 graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun 2012 dan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012 untuk pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41.
Dalam mempertimbangkan pelantikan ini, SPP telah membuat keputusan bahawa sejumlah 2,791 graduan cemerlang yang memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. Mereka yang terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.
Baki 5,033 daripada 7,824 graduan iaitu 2,246 graduan IPTA dan 2,787 graduan IPGM yang telah memohon jawatan PPPS Gred DG41 akan melalui urusan temuduga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013. Semakan maklumat temu duga boleh dibuat oleh setiap graduan di Portal SPP mulai 15 Februari 2013.
JADUAL TEMUDUGA SPP
Berdasarkan maklumat daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),  bagi memenuhi keperluan mendesak di sekolah,  KPM akan melantik sejumlah  2,807 daripada graduan tersebut sebagai Guru Interim mulai  1 Mac 2013. Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu  2,067 di Sekolah Menengah (SM) dan 740 di Sekolah Kebangsaan (SK). KPM juga memaklumkan,  oleh sebab  tarikh  dan tempat   temu duga telah ditetapkan,  Guru Interim  ini  dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai Guru Interim sehingga 30 Mac 2013. Manakala baki graduan  berkenaan  akan dilantik  terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan  waran perjawatan tahun 2013 diluluskan oleh pihak Agensi Pusat.

No comments:

Post a Comment