SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, April 3, 2013

GEMPAR

Satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku  di mana dahan pokok telah merekah lalu menimpa garaj kereta guru. Mujurlah kejadian berlaku sekitar jam 3 petang sebaik sahaja guru dan murid Tahun 6 baru selesai kelas tambahan. 
Walaupun bagaimanapun, dahan yang menghempap garaj kereta tidak mengakibatkan kerosakan yang teruk. Menurut saksi kejadian, Encik Mohd Irwan, Juruteknik Komputer, beliau mendengar bunyi dentuman yang kuat dari makmal komputer lalu bergegas keluar dan mendapati garaj kereta guru telah dihempap dahan pokok. Menurut beliau lagi, cuaca semasa kejadian berkeadaan baik dan bersyukur kerana dahan yang rekah itu tidak menghempap bumbung bangunan.
Murid-murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum pada pukul 4 petang berasa amat terkejut melihat kejadian ini.




No comments:

Post a Comment