SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Saturday, April 27, 2013


Sekitar jam 10:10 pagi, ibubapa dan penjaga murid Tahun 6 telah memenuhi kelas-kelas tahun 6 bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian anak masing-masing dalam ujian yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Menurut Penyelaras Tahun 6, Puan Azizah binti Hassan, program ini dilaksanakan bagi memberi penjelasan kepada ibubapa dan penjaga murid Tahun 6 tentang kemajuan anak masing-masing dalam pembelajaran di sekolah sehingga bulan April ini. 
Sebelum itu, murid Tahun 6 telah diberikan motivasi oleh Guru Bimbingan Sekolah iaitu Encik Mohd Rosli bin Abdullah. Dalam sessi motivasi tersebut, murid-murid diberi penerangan cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan bersedia untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang bakal dihadapi pada bulan September nanti.

No comments:

Post a Comment