SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, May 21, 2013

JAMUAN KRT

Seperti mana tahun lepas, KRT Sungai Puteri telah mengadakan Jamuan Meraikan Hari Guru di perkarangan TASKI Perumahan Sungai Puteri. Jamuan ini diadakan sekitar jam 5:00 petang dan berakhir 7:00 malam.
Dalam ucapan, Pengerusi KRT Sungai Puteri En. Syed Hassan, jamuan ini diadakan bertujuan meraikan guru-guru SK Sungai Puteri dan SMK Sungai Puteri sempena Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei setiap tahun.

Menurut beliau lagi, peranan guru dewasa ini lebih mencabar untuk mendidik anak-anak sekitar Sungai Puteri untuk menjadi modal insan yang berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Oleh itu jasa guru tidak terhingga dan seharusnya dihargai oleh ibu bapa dan penjaga di Sungai Puteri.
Semua guru dan penduduk setempat yang hadir di majlis ini telah dijamu dengan mee kari, kuih lapis, kuih bakar, tembikai. air oren dan air teh. Kumpulan nasyid Al-Fateh menyerikan majlis ini dengan alunan lagu-lagu nasyid sepanjang para tetamu menjamu selera.
Pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada KRT Sungai Puteri di atas jamuan yang telah diadakan pada petang ini.



No comments:

Post a Comment