SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, September 9, 2013

SELAMAT BERJUANG


Esok bermulalah perjuangan anak-anak untuk langkah pertama menempuh UPSR. Ingatlah segala pesan yang telah diberikan, panduan yang dititipkan oleh guru-gurumu. Segala ilmu dan pengetahuan telah dicurahkan ibarat kata segala jurus dan buah serta hikmat tempur telah diturunkan kepadamu. Maka esok melangkahlah ke gelanggang pertarungan dengan keyakinan. Terserah kepada kamu untuk mengeluarkan jurus dan hikmat....

Janganlah lupa untuk terus bermunajat kepada Yang Maha Kuasa sehinggalah tiba pada hari penentuannya iaitu sehinggalah keputusan diumumkan....



No comments:

Post a Comment