SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, October 25, 2013

JOM KE KEM


Tepat jam 7.30 pagi para peserta telah membuat pendaftaran bagi mengikuti Kem Bersepadu. Seramai 120 peserta telah mendaftarkan diri mengikut unit beruniform masing-masing. Selepas bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah, pertandingan kawad kaki telah diadakan. Selesai pertandingan kawad kaki, para peserta mengikuti aktiviti balutan dan ikatan yang dijalankan secara serentak.

Aktiviti disambung semula tepat jam 10:30 pagi dengan peserta dikehendaki membina dua buah gajet. Selesai membina gajet, aktiviti ikhtiar hidup pula dihadapi. Dalam aktiviti ikhtiar hidup, para peserta dikehendaki memasak lima biji telur. 

Kem Bersepadu Unit Beruniform SK Sungai Puteri melabuhkan tirai tepat jam 13:10 petang. Walaupun dilaksanakan dalam tempoh yang singkat dan padat namun segala objektif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Rata-rata para peserta berharap aktiviti seumpama ini dapat dilaksanakan lagi dengan lebih meriah lagi.




Mahu lebih gambar - KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment