SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, November 14, 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013




Tanggal 14 November 2013 merupakan kenangan terindah buat sebahagian murid SK Sungai Puteri kerana mereka telah diraikan dalam satu majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Puteri di atas kejayaan mereka dalam kurikulum dan kokurikulum. Penganugerahan ini diharap dapat meningkatkan motivasi murid untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. Majlis bermula tepat jam 9 pagi di Dewan Tun Fatimah.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Mohd Farhan, murid tahun 5. Seterusnya ibu bapa disajikan dengan tontonan video berkaitan transformasi pendidikan yang bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa senario pendidikan di Malaysia dewasa ini. Sesi penyampaian hadiah diselang seli dengan beberapa buah persembahan daripada murid-murid prasekolah. Antara persembahan yang ditunjukkan oleh murid prasekolah ini adalah tarian ala 60-an dan tarian murid pra 1 Malaysia.

Tepat jam 11 pagi, Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud telah mengetuai bacaan doa sebaik sahaja wakil Ahli Parlimen Rompin hadir untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Puteri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah iaitu Tuan Haji Alias.

Sebelum majlis berakhir, beberapa orang murid yang telah dipilih sebagai tokoh dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diberi anugerah di atas pencapaian istimewa mereka. Pada majlis ini juga, murid-murid yang berjaya di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 turut diraikan. Majlis berakhir tepat jam 1.00 petang.

LIHAT GAMBAR - KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment