SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, November 8, 2013

TAKLIMAT PERSIAPAN KE TINGKATAN 1

Kerjasama di antara SK Sungai Puteri dan SMK Sungai Puteri terus terjalin apabila satu sesi taklimat ringkas kepada murid-murid Tahun 6 yang akan ke tingkatan 1 sekolah berkenaan telah diadakan pada 8 November 2013. Taklimat ini telah disampaikan sendiri oleh GPK Hal Ehwal Murid SMK Sungai Puteri Encik Che Parizan bin Ayob. Pelbagai perkara telah diterangkan agar perjalanan semasa pendaftaran ke Tingkatan 1 berjalan lancar. 

Menurut Encik Mohd Rosli bin Abdullah, Guru Bimbingan Sekolah SK Sungai Puteri, kerjasama ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan bagi memberi penjelasan kepada murid Tahun 6 perkara yang perlu dilakukan semasa pendaftaran ke Tingkatan 1 nanti.

No comments:

Post a Comment