SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, January 21, 2014

PERWATIKAHAN PEMIMPIN KECIL 2014




20 Januari 2014 merupakan hari yang tidak dapat dilupakan kepada  87 orang murid SK Sungai Puteri yang telah ditauliahkan sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi persekolahan 2014. Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Hamidah binti Saad, GPK Hal Ehwal Murid SK Sungai Puteri. 
Dalam ucapan perwatikahan ini, Pn. Hamidah binti Saad amat berharap  Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang dilantik dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Beliau turut meminta supaya pemimpin-pemimpin kecil ini lebih menyerlah dalam semua bidang seperti kurikulum dan kokurikulum kerana mereka menjadi ikon kepada murid lain.
Ketua Pengawas 2014 Muhammad 'Izzudin bin Zainal Abidin telah mengetuai lafaz ikrar menandakan akur janji Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan telus.


No comments:

Post a Comment