SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, January 13, 2014

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa(CBTG TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Ambilan 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikut Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Ambilan Tahun 2014 bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Sehubungan itu, PPP yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)  bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),  Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment