SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Saturday, March 29, 2014

SUKANEKA DI ROMPIN FEST

Pada 28 Mac 2013 seperti mana setiap tahun,     SK Sungai Puteri pasti diundang untuk menyertai sukaneka sempena Rompin Fest 2014. Sehubungan dengan itu, PraUnggul telah diberi amanat untuk mengharumkan nama sekolah pada tahun ini. Puan Mastura selaku guru pra kelas Unggul memikul tugas untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar sekaligus membawa kejayaan kepada sekolah. 

Puan Mastura turut dibantu oleh Puan Kamariah binti Ismail yang juga merupakan Pembantu Pengurusan Murid bagi kelas PraUnggul. Syukur alhamdulilah di mana pelbagai kejayaan dicapai berkat gandingan di antara guru dan ibubapa yang turut diminta membantu dalam sukaneka ini memandangkan Rompin Fest pada tahun ini diadakan pada musim cuti sekolah."Kita telah menyertai semua acara yang dipertandingkan bagi memberi peluang kepada murid mengembangkan psikomotor, kognitif dan afektif mereka. Kemenangan bukanlah matlamat utama" kata Puan Mastura.

Pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan yang diperolehi dan semoga kejayaan ini dapat diteruskan di tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment