SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, April 18, 2014

KEJOHANAN BOLA BALING KELOMPOK ROMPIN UTARA 2014


Pada 17 April 2014 SK Sungai Puteri telah menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Baling Kelompok Rompin Utara. Dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki sebanyak enam buah sekolah telah menyertai. Manakala bagi kategori perempuan hanya empat buah sekolah sahaja yang menyertai.

Bagi Kategori Lelaki SK Kampong Kolam telah muncul johan kejohanan ini. SK Sungai Puteri menduduki tempat kedua dan SK Selendang 1 muncul menduduki tempat ketiga. Manakala bagi kategori perempuan SK Sungai Puteri telah muncul johan keseluruhan. SK Selendang 4 menduduki tempat kedua dan SK Rompin menduduki tempat ketiga. Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Puteri telah sudi menyampaikan sijil dan medal kepada para pemenang.

Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.


No comments:

Post a Comment