SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, July 23, 2014

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PPIM 2014

 Persatuan Puteri Islam SK Sungai Puteri telah menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran 2014 peringkat daerah. Program ini telah diadakan pada 22 Julai 20140723_073630_resized2014 bertempat di Masjid Tengku Abdullah, Kuala Rompin, Pahang.

Seramai 11 orang ahli Persatuan Puteri Islam SK Sungai Puteri telah mengambil bahagian dalam program ini. Ustazah Faridah binti Tahir, Puan Wan Rafidah binti Wan Hussin dan Puan Zarina binti Zakaria telah menjadi guru pengiring kepada para peserta ini bagi memastikan keselamatan sepanjang program berlangsung.

Diharapkan peserta yang menyertai program ini menjadi insan yang menyintai dan mengamalkan membaca Al-Quran agar menjadi muslimah yang solehah.

No comments:

Post a Comment