SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, July 11, 2014

TERIMA KASIH

Pihak pentadbiran, guru-guru dan murid-murid SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa En. Mohd Irwan bin Ibrahim, Juruteknik Komputer yang telah bertukar ke sekolah yang baru.

Beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, Selangor selepas permohonan beliau untuk bertukar diluluskan. Pertukaran beliau berkuatkuasa pada 1 Julai 2014.

Warga SK Sungai Puteri berharap beliau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di sekolah yang baru seperti mana yang dilakukan semasa berkhidmat di SK Sungai Puteri. Tambahan pula sudah bersama isteri tercinta.

Kalau ada jarum yang patah;
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah;
Jangan simpan di dalam hati;

Kalau ada sumur di ladang;
Boleh kami menumpang mandi;
kalau ada umur yang panjang;
Boleh kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment