SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, August 11, 2014

ANUGERAH KELAS TERBERSIH PENGGAL PERTAMA 2014



Pada 11 Ogos 2014, Unit HEM SK Sungai Puteri telah menyampaikan anugerah kepada kelas-kelas yang berjaya mengungguli pertandingan kebersihan kelas sepanjang penggal pertama persekolahan 2014. Menurut Puan Zarina binti Zakaria penyelaras 3K, anugerah ini diberikan bagi menghargai pengorbanan guru kelas dan murid-murid yang berusaha memastikan kelas masing-masing sentiasa bersih dan ceria.

Anugerah ini telah disempurnakan Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Johan menerima wang tunai sebanyak RM150 berserta Piala Pusingan. Manakala Naib johan menerima RM100 serta Piala Pusingan.

Bagi Tahap 2 johan dimenangi kelas 6 Intelek manakala 5 Dinamik mendapat naib johan. Sementara kelas 1 Intelek pula muncul johan bagi kategori Tahap 1 dan kelas 1 Jauhari mendapat naib johan. Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat untuk kelas-kelas lain bersaing bagi merebut ganjaran yang disediakan oleh pihak pengurusan sekolah.

JOHAN TAHAP 2 - 6 INTELEK

NAIB JOHAN TAHAP 2 - 5 DINAMIK

JOHAN TAHAP 1 - 1 INTELEK

NAIB JOHAN TAHAP 1 - 1 JAUHARI

No comments:

Post a Comment