SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, September 28, 2014

LAWATAN PRASEKOLAH KE KUALA LUMPUR

Pada 27 September 2014, Prasekolah SK Sungai Puteri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan sehari. Seramai 40 orang murid prasekolah bersama ibu masing-masing mengikut lawatan ini dengan menaiki dua buah bas.

Seawal jam 6:00 pagi lagi anak-anak prasekolah telah berkumpul di tapak perhimpunan bersama ibu bapa masing-masing bagi menanti ketibaan bas yang disewa khas.

Antara tempat-tempat yang dilawati sepanjang lawatan ini adalah :-
  • Petrosains
  • Akuaria
  • Putra Jaya
Menurut Penyelaras Prasekolah SK Sungai Puteri, Puan Rosliza binti Ismail, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid prasekolah berkaitan tempat-tempat menarik di ibu negara Malaysia terutama di Putra Jaya. Beliau turut berbangga kerana lawatan kali ini turut disertai oleh kaum Orang Asli. Beliau juga berharap agar lawatan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.





Untuk lihat lebih aksi - KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment