SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, October 21, 2014

BEKAS GURU BIMBINGAN SK SUNGAI PUTERI KEMALANGAN


En. Mohd Rosli bin Abdullah yang merupakan bekas Guru Bimbingan SK Sungai Puteri telah terlibat dalam satu kemalangan di Batu 16 Nenasi, Pekan, Pahang Darul Makmur pada 21 Oktober 2014. Beliau yang kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin dalam perjalanan pulang ke Kuala Rompin selepas menghadiri Kursus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bermula 19 hingga 21 Oktober 2014 di Kuantan.

Menurut beliau ketika menghampiri satu selekoh di jalan tersebut, tiba-tiba sahaja kenderaan beliau hilang kawalan ekoran terdapat masalah pada tayar kereta yang dipandu mengakibatkan beliau menjunam ke dalam parit. Beliau bersyukur kehadrat Ilahi kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kenalan yang berhenti bertanya khabar serta menghulurkan bantuan ketika melalui jalan ini.

En. Hafiz Fikry yang kebetulan melalui jalan tersebut untuk pulang ke Terengganu sempena cuti Deepavali mengesahkan kejadian ini dan bersyukur En. Mohd Rosli tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian ini telah mengakibatkan kesesakan lalulintas kerana ramai yang berhenti untuk melihat kemalangan ini.

No comments:

Post a Comment