SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, October 19, 2014

CERAMAH ANTI DADAH

Pada 17 Oktober 2014, Unit PPDa SK Sungai Puteri telah mengadakan ceramah berkaitan dadah untuk murid-murid Tahun 6.

Ceramah ini merupakan sebahagian daripada aktiviti selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 
Ceramah ini telah mendapat khidmat dari seorang pegawai Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Kuala Rompin.

Pelbagai maklumat diperoleh oleh murid Tahun 6 sepanjang ceramah ini. Menurut salah seorang murid Tahun 6, Mohamad Aiman Wafi, ceramah ini disampaikan dengan penuh maklumat serta disampaikan dengan santai di mana banyak unsur-unsur humor diterapkan bagi mengelakkan dari kebosanan.

Bagi menghargai sumbangan pegawai AADK Cawangan Kuala Rompin, pihak pengurusan SK Sungai Puteri memberi cenderahati sebagai tanda kenangan sebaik sahaja selesai ceramah.



No comments:

Post a Comment