SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, October 20, 2014

PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Sempena menyambut bulan kemerdakaan yang lalu, pelbagai aktiviti dilaksanakan bertujuan menanam semangat patriotik di kalangan murid di SK Sungai Puteri. Salah satu aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Menghias kelas bertemakan kemerdekaan. 

Pertandingan ini dibahagi kepada dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Kelas 1 Intelek muncul Johan pertandingan  bagi Tahap 1. Manakala kelas 5 Intelek merupakan Johan Tahap 2. Naib Johan bagi Tahap 1 digondol oleh kelas 2 Intelek dan 5 Jauhari merupakan Naib Johan bagi Tahap 2. 

Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan ini.

No comments:

Post a Comment