SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Saturday, November 22, 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Puteri pada tahun 2014 telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 21 November. Objektif majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2014 ini. Penganugerahan ini diharap dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.

Seawal jam 8:00 pagi lagi, perkarangan sekolah telah didatangi oleh ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Sungai Puteri. Sebelum hadirin masuk ke Dewan Tun Fatimah, mereka dikehendaki mendaftarkan diri di meja pendaftaran.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud.Seterusnya para hadirin menyanyikan lagu Negaraku, dan Lagu Negeri Pahang. 

Sebaik sahaja selesai nyanyian pengerusi majlis Pn. Halita binti Mohd Noh telah menjemput Tuan Haji Mohamad bin Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Rompin untuk majlis perkongsian ilmu berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sementara menanti tetamu kehormat iaitu YB Dato' Maznah binti Mazlan, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia merangkap ADUN Muadzam Shah sampai. Banyak input berkaitan PPPM disampaikan oleh beliau.

Tepat jam 11:00 pagi,  YB Dato' Maznah binti Mazlan, tiba di perkarangan SK Sungai Puteri. Ketibaan YB Dato' Maznah telah disambut dengan tarian oleh murid-murid prasekolah. Kemudian YB Dato' Maznah binti Mazlan diiringi oleh Pegawai PPD, Guru Besar, YDP PIBG ke Dewan Tun Fatimah.Tepat jam 11:30 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Maznah binti Mazlan.

Acara kemuncak merupakan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun. Murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.

Pada tahun 2014, tokoh Kurikulum dan tokoh Kokurikulum telah diberikan kepada :-
  • Tokoh Kurikulum kategori Lelaki :Muhammad Izzudin bin Abdul Zainal
  • Tokoh Kurikulum kategori Perempuan : Nurul Syazana binti Ahmad
  • Tokoh Kokurikulum kategori Lelaki : Muhamad Aiman Wafi bin Ahmad
  • Tokoh Kokurikulum kategori Perempuan: Nur Asyikin bin Abd Aziz
     
 
Sebagai tanda terima kasih pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati kepada Pegawai PPD Rompin, Tn Hj Mohamad bin Hamid dan juga cenderahati kepada YB Dato'Maznah binti Mazlan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.


Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali kerana para tetamu turut diberikan cabutan bertuah. Para tetamu dan ibu bapa serta penjaga dihidangkan dengan juadah sejurus majlis selesai.

Majlis berakhir jam 12:30 tengah hari.









Lihat gambar - KLIK DI SINI




No comments:

Post a Comment