SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, November 14, 2014

HARI USAHAWAN MUDA 2014


Sebanyak 10 gerai telah dibuka sempena Hari Usahawan Muda 2014 SK Sungai Puteri pada 14 November 2014. Gerai yang menyajikan pelbagai juadah makanan dan minuman itu menjadi tumpuan hampir 400 orang warga SK Sungai Puteri yang menggunakan sistem belian secara tunai. 
Program yang berlangsung dari pukul 8.00 hingga 11.45 pagi itu telah dijalankan di ruang terbuka Blok Hibiscus.
Program yang telah menjadi acara tahunan sekolah  telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Dalam ucapannya, beliau berharap program seperti ini dapat dijadikan asas memupuk minat murid-murid untuk melibatkan diri dalam dunia keusahawanan. Beliau menegaskan bahawa agama Islam  sendiri menggalakkan umatnya berniaga serta program ini juga merupakan suatu latihan terbaik kepada murid-murid membuat penyusunan dan perancangan yang rapi sebelum menjalankan sesuatu perniagaan. 
Gerai-gerai jualan pada hari tersebut dikendalikan oleh persatuan persatuan akademik.


 

No comments:

Post a Comment