SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 19, 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS PERPISAHAN 2014

Pada 18 November 2014, Kelab Guru dan Kakitangan SK Sungai Puteri telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan yang diadakan di Dewan Putra, Rompin Beach Resort. Majlis ini diadakan bagi meraikan para guru dan kakitangan SK Sungai Puteri yang berjaya mengharungi dunia pendidikan sepanjang tahun 2014. 

Dalam pada masa yang sama, majlis ini turut meraikan perpisahan En. Mohd Rosli bin Abdullah, Guru Bimbingan SK Sungai Puteri yang dipinjamkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Rompin. Kehilangan beliau amat dirasai kerana komitmen beliau kepada SK Sungai Puteri selama 17 tahun tidak berbelah bagi.


Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YDP PIBG, En. Mohd Yunus bin Ramly, Naib YDP PIBG, En. Shamsul Amri bin Abu Bakar dan Tuan Hj Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. 

Walaupun majlis yang diadakan dalam suasana serba sederhana, namun ianya cukup meriah kerana ikatan kekeluargaan yang erat antara ahli kelab. Semua ahli mendapat hadiah dari Kelab serta hadiah cabutan bertuah. 

Diharapkan pada tahun mendatang majlis seumpama ini dapat diadakan lagi demi mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ahli untuk menjana kecemerlangan SK Sungai Puteri di persada pendidikan.








untuk lebih gambar - KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment