SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, November 17, 2014

JAMUAN TAHUN 6 2014

Satu jamuan untuk meraikan murid Tahun 6 sesi 2014 telah diadakan di Rompin Beach Resort, Kuala Rompin, Pahang. Ianya bertujuan untuk menghargai usaha murid Tahun 6 sepanjang mengharungi sesi persekolahan terutama dalam persiapan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah dengan menghadiri segala program yang dirancang oleh pihak sekolah terutamanya kelas-kelas tambahan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Walaupun beliau sibuk dengan persiapan Majlis Graduasi Prasekolah peringkat Kelompok, namun beliau tetap hadir di majlis ini.

Semasa berucap, beliau berharap murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan alam sekolah rendah dapat menyesuaikan diri dengan alam sekolah menengah dan terus belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Beliau turut berdoa agar keputusan UPSR nanti akan memberi kecemerlangan kepada SK Sungai Puteri umumnya dan murid-murid Tahun 6 khasnya.

Pada majlis ini juga, guru-guru yang mengajar Tahun 6 turut menerima cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Murid-murid Tahun 6 turut menerima hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan sempena program selepas UPSR dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.







Untuk melihat gambar - KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment