SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 26, 2014

SEKITAR PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014

Seawal jam 9:00 pagi, ibu bapa dan penjaga calon UPSR 2014 SK Sungai Puteri telah berada di kantin dan perkarangan sekolah menanti ketibaan keputusan UPSR yang diambil oleh Guru Besar dan setiausaha peperiksaan di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin. 

Debaran menanti bukan sahaja melanda calon, ibu bapa malah turut dirasai para guru terutama guru yang anaknya turut merupakan calon UPSR 2014. Kesabaran calon, ibu bapa dan guru terlerai apabila tepat jam 10:40 pagi kenderaan Guru Besar dan setiausaha peperiksaan mula memasuki perkarangan sekolah.

Lebih kurang 10:50 pagi, penyelaras Tahun 6, Puan Azizah binti Hassan telah mengumumkan keputusan UPSR 2014.

Pada tahun ini SK Sungai Puteri berjaya melahirkan 18 orang 5A, 4A1B seramai 4 orang dan 3A2B pula seramai 3 orang. Peratus lulus UPSR pula ialah 85.07%.

Walaupun terdapat penurunan seramai 7 orang bilangan 5A namun ia bukanlah faktor untuk mematahkan semangat para guru tahun 6 untuk berusaha lebih gigih lagi pada sesi persekolahan 2015 nanti.

Pada majlis ini, Tn. Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri turut memberi ucapan ringkas sebagai ingatan kepada calon UPSR 2014 yang bakal melangkah ke sekolah menengah pada tahun 2015. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir memberi sokongan kepada anak masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang telah berjaya. Bagi yang kurang berjaya, ini bukan noktah bagi perjuangan anda. Masih banyak lagi peperiksaan yang bakal anda hadapi.




KLIK DI SINI - untuk lihat gambar


No comments:

Post a Comment