SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 19, 2014

TAKLIMAT PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


Pada 19 November 2014, murid-murid Tahun 6 telah mengikuti atau mendengar taklimat berkaitan dengan Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Taklimat ini telah disampaikan oleh 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pontian Jaya.

Program Asas Vokasional ini khusus untuk pelajar Tingkatan Satu yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Program PAV dirangka khusus untuk pelajar menengah rendah berusia 13 hingga 15 tahun yang bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Pelajar di Tingkatan1 akan diajar enam bidang asas vokasional. Antara bidang yang ditawarkan ialah kejuruteraan, pertanian dan ekonomi rumah tangga. Pengkhususan dalam 20 bidang pilihan boleh dibuat apabila pelajar berada di Tingkatan 2. SMK Pontian Jaya hanya menawarkan kursus ekonomi rumah tangga.

Menurut salah seorang guru yang menyampaikan taklimat PAV ini, melalui PAV, pelajar ditawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua apabila menamatkan pembelajaran di Tingkatan 3 sebelum boleh memilih sama ada mahu ke alam kerjaya atau menyambung pengajian di Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Kolej Vokasional.

Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan ribuan terima kasih di atas sesi taklimat PAV yang memberi peluang kepada pelajar UPSR 2014 membuat pilihan seandainya mereka mendapat keputusan UPSR yang tidak memuaskan.



No comments:

Post a Comment