SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, September 29, 2009

MURID DULU DAN KINI

Murid masa dulu,
Bila jumpa guru jalan tunduk malu,
Murid masa kini,
Bila jumpa guru jalan meninggi diri,

Murid masa dulu,
Cakap dengan guru cakap sayu,
Murid masa kini,
Cakap dengan guru dengan nada tinggi,

Murid masa dulu,
Apabila ditegur senyap tanpa lagu,
Murid masa kini,
Apabila ditegur lagu suara mengalahkan mami,

Murid masa dulu,
Apabila dimarah senyap malu tertunduk,
Murid masa kini,
Apabila dimarah guru-guru habis dimaki,

Murid masa dulu,
Sungguh menjaga tingkah laku,
Murid masa kini,
Sudah hilang santun budi.

No comments:

Post a Comment