SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, September 30, 2009

SANGKA-SANGKA

Manusia ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik.....
Ada sangka buruk.....
Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka pakai susuk
Orang yang ceria disangka membela
Mana tahu diam-diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas dan cergasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan
ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api....

No comments:

Post a Comment