SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, October 13, 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan 2009

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 yang bertemakan 'Bahasa Jiwa Bangsa', banyak pertandingan diadakan untuk menarik minat orang ramai termasuk pelajar-pelajar sekolah.

Sehubungan dengan itu, salah seorang murid SK Sungai Puteri, Muhammad Alif Izzudin bin Sulaiman dari Tahun Enam Intelek telah memasuki Pertandingan Menulis Puisi bagi Kategori A (Sekolah Rendah).


Muhamad Alif Izzudin telah memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah berupa RM100.00 dan beberapa cenderahati. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Menteri Besar Pahang pada 12 Oktober 2009 di Auditorium RTM,
Pahang.

Berikut merupakan hasil penulisan beliau:-

JIHADKU BAHASAKU

Bahasaku
Aku lahir bersamamu
Kau adalah jiwaku
Kau adalah maruahku

Tanpamu bahasa
Siapakah aku
Siapa pula bangsaku
Mana pula negara asalku

Bahasaku
Berjuang mempertahankanmu
Adalah sebuah jihad
Memartabatkan maruah bangsa
Adalah hakikat

Sesungguhnya aku berjanji
Sebelum nafasku terhenti
Aku akan pasti bahasaku
Bermaruah seperti dahulu

No comments:

Post a Comment