SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, October 18, 2009

Hari Terbuka Kolej Komuniti Dan Sambutan Raya


Pada 17 Oktober 2009, Kolej Komuniti Rompin telah mengadakan Hari Terbuka dan Sambutan Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, Kelab Rukun Negara SK Sungai Puteri telah membawa ahlinya ke majlis tersebut.
Kehadiran ahli Kelah Rukun Negara SK Sungai Puteri ke majlis ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para ahli tentang Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat secara dekat peranan Kolej Komuniti dalam pendidikan di negara ini.
Pada majlis ini banyak gerai-gerai dan pameran turut diadakan untuk mendekatkan lagi Kolej Komuniti dengan masyarakat setempat. Selain itu, pelbagai acara turut diadakan seperti pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan nasyid, dan sebagainya.
Pelbagai juadah turut disajikan kepada para pengunjung yang mana rata-ratanya berpuas hati dan bergembira dapat menghadiri Majlis Hari Terbuka Kolej Komuniti Rompin dan Sambutan Raya.

No comments:

Post a Comment