SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, October 23, 2009

SUKAN TAHUNAN KALI KE-8

Pada 23 Oktober 2009 yang lalu, SK Sungai Puteri telah mengadakan Sukan Tahunan Kali Ke-8. Temasya Sukan Tahunan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Sungai Puteri Tuan Haji Rosli Bin Jaffar. Temasya yang bermula seawal jam 8:00 pagi itu telah dihadiri oleh para ibu bapa murid-murid SK Sungai Puteri yang hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Acara dimulakan dengan pembarisan masuk kontinjen yang bertanding ke padang. Selepas itu acara menaikkan bendera kejohanan oleh pasukan pengakap sekolah. Ahmad Shahir bin Manan telah mengetuai acara membaca ikrar kejohanan. Acara diteruskan lagi dengan ucapan dari Puan Guru Besar SK Sungai Puteri dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Sungai Puteri. Setelah itu perarakan keluar kontinjen ke rumah sukan masing-masing.

Acara pertama yang berlangsung pada hari tersebut ialah larian 50 meter bagi murid tahun 1 dan diakhiri dengan acara untuk ibubapa sekitar jam 11:30 pagi. Bagi acara ibubapa, pihak penganjur telah menyediakan acara menarik bola dengan gelung rotan. Walaupun nampak acara ini mudah namun terdapat juga ibubapa yang terjatuh sewaktu cuba membawa bola dengan gelung rotan ke garisan penamat.

Temasya sukan tahunan ini melabuhkan tirainya pada pukul 12:10 tengah hari dengan Rumah Sukan Merah (Laksamana) telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Temasya Sukan Tahunan Kali Ke8 ini. Manakala olahragawan dan olahragawati diunguli atlet dari Rumah Sukan Biru (Bendahara).

Gambar sekitar kejohanan di http://sksgputeri.fotopages.com

No comments:

Post a Comment