SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 18, 2009

JAMUAN KELAB GURU 2009


Pada 18 November 2009, Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri telah mengadakan jamuan akhir tahun di Rompin Beach Resort, Kuala Rompin, Pahang.
Jamuan ini amat bermakna kepada tiga orang guru yang akan berpindah ke tempat yang dipohon. Mereka ialah Pn. Azilah binti Tamjet yang akan berpindah ke Selangor, Pn. Nor Marhayu binti Mohd Maulan yang akan berpindah ke Johor Bharu dan Pn. Marlina binti Ahmad yang akan berpindah ke Kuantan.
Pelbagai aktiviti diadakan pada malam itu seperti pertandingan pakaian beragam untuk anak-anak ahli kelab, nyanyian karaoke, dan cabutan bertuah.
Majlis berakhir sekitar jam 10:00 malam.

No comments:

Post a Comment