SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, November 13, 2009

KARNIVAL DADAH SK SG PUTERI 2009

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk Malaysia bebas dadah menjelang Tahun 2015, PPDA SK Sungai Puteri telah memainkan peranannya dengan mengadakan Karnival Dadah peringkat sekolah bagi memberi pendedahan kepada murid seawal 6 tahun hingga 12 tahun agar membenci serta menjauhi terus najis dadah ini.

Karnival ini telah diadakan pada 12 November 2009 dan dirasmikan oleh Pn Noaizan binti Jamaludin, Guru Besar SK Sungai Puteri. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan melukis poster, kuiz, pertandingan mewarna, pertandingan mendeklamasikan sajak, ceramah anti dadah, mencari maklumat tentang dadah dan sebagainya.


Ceramah berkaitan dengan dadah telah disampaikan oleh pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan Cawangan Rompin, Cik Norehan. Ceramah penuh dengan informasi dan pengajaran menarik minat murid-murid SK Sungai Puteri.


Menurut Penyelaras PPDA SK Sungai Puteri, Puan Norriha binti Yunus, karnival ini telah mencapai objektif sepertimana yang dirancang. Oleh itu ianya wajar diadakan pada masa akan datang dengan pelbagaikan lagi aktiviti yang lebih menarik.


Gambar sekitar karnival di http://sksgputeri.fotopages.com

No comments:

Post a Comment