SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, November 16, 2009

Lawatan Ke Pulau Langkawi

Pada 13 hingga 15 November 2009, sebahagian ahli Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri telah melawat ke Pulau Langkawi. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati adalah Makam Mahsuri, tempat memproses gamat, Galeri Perdana dan tempat membeli belah.
Memandangkan lawatan ini merupakan lawatan kali kedua selepas tahun 2000 maka lawatan kali ini lebih kepada agenda untuk membeli belah barangan seperti pinggan mangkuk, kain batik dan sebagainya. Oleh kerana itu tempat-tempat seperti Padang Maksirat, Gunung Machicang, Water World dan sebagainya tidak dilawati disebabkan tempat-tempat ini telah dikunjungi 6 tahun yang lalu.
Sungguh pun begitu banyak perubahan dan pembangunan yang dapat dilihat di Pulau Langkawi ini. Semoga pulau ini akan terus maju dan dikenali di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment