SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 11, 2009

MINGGU KOKURIKULUM


Sepanjang minggu ini 9 hingga 13 November 2009, unit kokurikulum SK Sungai Puteri telah mengadakan minggu Kokurikulum untuk semua murid tahap 1 dan 2. Antara pertandingan yang diadakan adalah bola jaring, bola tampar, bola baling dan futsal.

Pertandingan ini diadakan mengikut rumah sukan masing-masing. Setiap penyertaan pasukan mestilah mengandungi murid dari Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Dua kategori dipertandingan iaitu lelaki dan perempuan.

Sambutan yang diterima amat mengalakkan dan semua acara berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan.
Gambar sekitar kejohanan di http://sksgputeri.fotopages.com

No comments:

Post a Comment