SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 11, 2009

PEMULANGAN BUKU TEKS

Menjelang cuti sekolah yang akan bermula 2 minggu lagi. Unit HEM bahagian Skim Pinjaman Buku Teks telah melaksanakan proses pemulangan buku teks pada hari ini.

Proses pemulangan bermula dengan mengumpul, mengasingkan mengikut keadaan buku (rosak, tidak rosak). Manakala guru-guru kelas melengkapkan borang berkaitan. Proses ini berjalan dengan lancar dan penuh dengan disiplin.

Menurut Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks, Pn. Norhayati binti Isa, keadaan buku teks tahun ini tidak banyak mengalami kerosakkan cuma kehilangan buku teks meningkat berbanding tahun lepas. Ini disebabkan kecuaian murid dalam menjaga harta benda sekolah. Beliau berharap agar perkara sebegini tidak berulang lagi pada tahun berikutnya.

No comments:

Post a Comment