SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, December 29, 2009

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2010


Pada 29 Disember 2009 tepat jam 9:00 pagi, perkarangan kantin SK Sungai Puteri telah dipenuhi dengan ibubapa dan anak-anak yang hadir untuk sesi pendaftaran kemasukan prasekolah bagi tahun 2010 yang akan bermula pada 4 Januari 2010.
Kelihatan ibubapa dan anak-anak terutamanya begitu gembira untuk memulakan sesi persekolahan mereka. Sebelum ibubapa mendaftarkan anak-anak mereka, mereka telah diberikan taklimat berkaitan prasekolah oleh GPK Hal Ehwal Murid dan guru prasekolah.
Setelah selesai sesi taklimat, ibubapa dan anak-anak mereka menuju ke kelas prasekolah untuk sesi pendaftaran. Sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran, ibubapa dan anak-anak menikmati jamuan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment