SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, December 31, 2009

HARI JUALAN BUKU DAN PENERIMAAN SPBT

Hari jualan buku dan penerimaan buku teks SK Sungai Puteri telah diadakan pada 30 Disember 2009 di perkarangan dewan terbuka. Seawal jam 8:30 pagi lagi perkarangan dewan terbuka telah dipenuhi oleh ibubapa bagi membeli buku tulis dan menerima Skim Pinjaman Buku Teks untuk anak-anak mereka walaupun waktu operasi bermula jam 9:00 pagi.
Para guru tidak menang tangan melayan ibubapa yang ingin mendapatkan keperluan masing-masing. Terpancar wajah kelihatan dikalangan para guru, namun itu tidak menghalang mereka melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan bagi melancarkan proses penjualan dan pengagihan buku teks.
Ibubapa turut berpuas hati terhadap proses penjualan dan pengagihan buku teks kerana mereka tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan apa yang dihajati. Walaupun anak-anak mereka bakal memulakan sesi persekolahan namun apa yang dapat dilihat pada hari ini, ibubapa yang lebih bersemangat dan teruja.

No comments:

Post a Comment