SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, February 23, 2011

PERTANDINGAN SALAWAT



SK SUNGAI PUTERI- Pertandingan Salawat bersempena Maulidur Rasul telah diadakan pada 23 Februari 2011 bertempat di Dewan Terbuka SK Sungai Puteri jam 4:00 petang. Pertandingan ini dipertandingan antara Persatuan dan Kelab. Sebanyak 12 buah persatuan dan kelab telah mengambil bahagian. Persatuan dan kelab yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini ialah :-
  1. Persatuan Bahasa Inggeris
  2. Kelab Rukun Negara
  3. Kelab Doktor Muda
  4. Kelab Kewangan
  5. Kelab Komputer
  6. KPJ dan Seni Kebudayaan
  7. Persatuan Bahasa Melayu
  8. Persatuan Sains
  9. Persatuan Agama Islam
  10. Persatuan j-QAF
  11. Persatuan Matematik
  12. Persatuan Bimbingan dan Kaunseling
Pertandingan Salawat ini telah diadili oleh Puan Asmah binti Idris, Puan Rohana binti Nayan dan Puan Zarina binti Zakaria. Antara kriteria yang diadili ialah lagu dan suara, fasahah dan gaya.

Menurut Puan Asmah binti Idris yang bertindak selaku ketua hakim, para peserta yang menyertai pertandingan ini memberikan saingan yang amat sengit antara satu sama lain walaupun tempoh latihan yang diberikan hanya dua minggu iaitu di setiap kali perjumpaan persatuan dan kelab.

Pertandingan Salawat ini berakhir sekitar jam 5:40 petang.


No comments:

Post a Comment